Thursday, March 11, 2010

Semoga Ku Beroleh Kekuatan Itu.

Ya Allah..

Dunia ini tak lari dari masalah cinta sesama insan.
Tak kiralah keluarga atau bagaimanapun..
Aku mohon Pentunjukmu sentiasa Ya Allah..



Tenangkan Hati ku Ya Allah..


Tuesday, March 9, 2010

Sedikit Bingkisan.

Bismillahirahmanirahim..

4 along time dah tak tulis ini punya blog.
Pasti dia rindu sama daku. ^^.


Ya,pasty punya masalah kenapa tidak on9 seperti dlu kan.
Tapi, jarang2 pun. InsyaAllah on9 jugak.. ^^

Erm. Apa khabar kawan2?
Banyak sgt nak cerita xtaly.
Tapi, kita tangguhkan dahulu ya.
Dah asar. Asar dulu.

Axtaly, setelah lama tidak BERaktifan di ILuvIslam.
Akhirnya.. ^^.

Apapun.
Senang dapat kawan kawan yang baik sebegitu rupua.
Semoga Allah kekalkan itu persahatan .
=)

Maaf na. Sikit aja pengosian kali ini.
Kita pakat2 solat dulu na.
Sekarang agak bingung tentang jodohnya. Huhk2.

Salamualaikum. ^^

Friday, January 22, 2010

Pengajaran Semalam.

Bismillahirahmanirrahim .

02.39 pm . 20.01.20101

Everyone make mistakes . Nobody's perfect . Semua orang mesti ada silapnya juga .
Meskipun , kita penah bersalah terhadap seseorang ke .
Seseorang bersalah terhadap kita . Atau sebaliknya .
Juz pegang kata - kata ni .


" Semua orang tak sempurna . Semua melakukan kesalahan . Sejahat - jahat mana seseorang itu pun . Ingatlah .. Dia tetap manusia biasa . "

Dilukai . Terluka . Terlukai . Tertoreh . Terhiris . Tercubit dan sewaktu dengannya .
Sha pasti semua orang pernah merasakan perasaan itu , bukan?..
Begitu juga, sha ..

Sha pernah diluka . Llau , aty ni berniat memainkan seseorang .
Akhirnya , ketika itu yang sesungguhnya di dlm usia yang muda .
Terperangkap dengan jerat sendiri . Ya . Sungguh sakit bila terhiris kelukaan .
Dulunya , manis bagai madu . Kini Pahit bagai hempedu .

Dan di saat itu .
Bila segala-galanya telah terbongkar.
Perasaannya usap diucap. Pasti ditoreh keranannya .
Sha yang masih menyimpan perasaan itu , terpaksa akur dengan keputusannya .
Amat menyakitkan . Ya . Terlalu menyakitkan .

Tapi ,
bagaimana dengannya ?
Pasti amat terluka .. Ini kali pertama dia meluahkan perasaan yang begitu indah kepada seorang gadis .
Diharapkannya , perasaan indah itu berakhir dengan cerita yang membahagiakan .

Tapi , dia silap . Ya .
Dia telah dilukai dengan penipuan si gadis .
Bila semuanya telah berlaku .. Telah terbongkar ..
Tiada kata- kata . Sha telah ditolak tepi dari hidupnya.
Ya . Barangkali sehingga sekarang dia masih bencikan sha ..
Dihapuskan jejak-jejak sha dari hidupnya .
Dulu, sha bagaikan bidadari kepadanya.
Sekarang?
Bagaiakan gadis yang buruk dalam jua luarnya.
Dan , tiada keinginan langsung untuk mendampingi sha ..

Pedihnya ketika itu . Usah Diucap .
Bulan pertama amatlah menyakitkan . Bulan kedua juga begitu .
Dan , apabila bulan ketiga .
Mmperlahankan diri ini berganjak dari hidupnya .
Dari mimpi yang indah .
Sungguh bukan senang untuk bangun dari kekecewaan ketika itu .
Tapi, apabila diri sendiri sedar tiada harapan yang tinggal . Ku bangun dari kekecewaan .
Tetapi , malangnya .
Diriku tersilap sekali lagi . Lubangnya yang besar kerasa panahan syaitan .
Sha lemas dlm lubang itu hampir lamanya .

Namun, hidayah Allah tidak dapat ditepis ..
Dia datang saat diriku terumbang ambing .
Akhirnya , aku sedar kesilapanku .
Dan sekarang ..
Sha sentiasa mendoakan diri sha dijalan yang lurus.

Saat terkenang dirinya , tiada pernah sessat penyesalan menghilang .
Sunggug teramat menyesal kesilapan sha terhadapnya .
Terlalu besar . Begitu , juga pada teman karibnya yang hampir 7 tahun mereka berkawan .
Sungguh amat manis dan menyakitkan . Apabila mengingati dirinya .
Apabila terkenang kembali . Aty ni bagai direntap -rentap .
Sungguh singkat perkenalan dengannya . Bersua muka juga tidak pernah .

Tetapi kuasa Allah bukan ..
Apabila aty tersentuh . Sesungguhnya teramat sennag diri ini mencurahkan kasih sayang . Barangkali kerana kami berada sebumbung sefahaman yang sama .
Ya Allah .. Terlalu sedih rasanya masih teringat pada masa itu apabila dia berkata ..

" Kita putus jangan gangu saya lagi .. "

Diletakkan sahaja telefon saat itu mencurah -curah air mata ini .
Bagaiamana harus diucap lagi .? Terlalu sedih ...
Terasa kosong hati ini.
Terlalu sukar untuk menerima kenyataan yang baru sahaja berlaku .

Namun, bukan senang untuk sha berputus asa .
Selepas hampir sebulan tidak tahu kabarnya . Sha cuba menghubunginya melalui telefon bimbit mama .

Tapi, dibalas dengan kata -kata ini .

" Salam .. Mak saya tak benarkan saya menghubungi awal lagi . Syurga di bawak tapak kaki ibu . Saya doakan awak sejahtera dunia akhirat .. "

Ringan sahaja jawapannya . Begitu senang juga air mata ini mengalir .
Tetapi , entah mengapa jawapan itu bagaiakan penawar pada sha.
Sha terima akhirnya diri mencari tujuan yang sebenar hidup ini ..

Namun,
sudut jauh aty ini .
Amat terasa atas pemergiannya .
Ina , kawan baiknya kawan ku juga .. Masih dihubunginya ..
Sha bertanya kabar dia .
He's fine .. n ina said .. dia da okeyh . Bialah dia..
Sga try 2 explain pada ina..

tapi ina cakap ..
" Kita doakan jelah tuk dia . coz we knoe he's hepi , u hepi.. "

Ya.. Dats true ..
Sha selalu doakan orang yang sha sayang always hepy..
4 u all , my dear , n ina ..
Sha minx maaf 4 u to, dear .. ina ..
Sha dah banyak kali lukakan aty dan perasaan kamu ..

Dia dah ada sumone ..
Ina pun dah ada ..
Me ? InsyaAllah .. [ Doakan .. ]

Sha berharap dapat berjumpa dengannya ..
Sesuatu saat nanti . Dan meminta maaf atas segalanya .
Apa yag terlah terjadi sungguh sha amat menyesal atas perbuatan sha itu .
Dan , itu adalah pengalaman sha yang amat menyakitkan ..

Salah satunya , senangnya aty terpaut bila 1 sefahaman ..
Ya Allah .. Ampunkanlah dosa -dosaku yang selalu menyakiti seseorang..

Kehidupan ttap diteruskan ..
Sha doakan untuk kamu semua ..
N untuk kamu [ dia .. ]


p/s : Dear .. sha hrap kamu fhm . Sha tanak merasakn kecewa itu lagi .. Tapi , sha pun dah terluka .. banyak kali.. Maafkan sha .. Sha tak akan main - main dlm hal yg series ini ..

Wonderful moments belajar naik basikal .

Bismillahirahmanirrahim .

Syukur ke hadrat ilahi kerana masih berikan nikmat kebahagiaan kepada kita semua . :)

Semalam . Almost one day sha tak online . Bz jage anak lorh.. Not my anak , but my sis punya anak .
Ainul Mardhiah namanya . Gedebab sangat . Nak pegang lame - lame memang tak larat sih . Aduh .
Sha tolong mengasuh dia kebetulan akak Sha tolong promotekan air barangan muslim semasa orang belajar kat Menara Zakat Yayasan Paksi .

Ramai yang datang . Semuanya Alhamdulillah . Good looking dengan sempurna tutup auratnya . =)

Alhamdulillah. Ada juga ustaz- ustaz yang sekilas dua kali pandang kepada ku . Lawa agaknya anak dara ini. Ngee~~

Dah2 . Tak payah ngarut . Astghfirullah ..

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar . Ammar dengan Ainul pun tak banyak songehnya . Jadi , tak terlalu penat tuk sha menjaga mereka ..

Kemudian , baliknya . Sha pulang ke rumah Along dulu . Nanti petang baru balik umah ma . Along tido umah ma sebab ma keja malam. Abah tido kat jemaah . Jadi , takde sape kat umah . Along tolong jaga-jaga kan umah .

Nak dijadikan cerita .
Masa kat umah Along , petang tuh . Dah tak taw nak wat apa .
Ada satu basikal . Kepunyaan Luqamn [ Anak Along yang sulung darjah satu sekarang ] .
And mase tu duduk di pankin kat lua. Nyaman sangat ...
Dengan angin menderu - deru ..
Cantik sungguh ciptaan Allah ..

Along mungkin kepenatan tengok sha asyik berangan je .
Jadi , Along pun kata .

" Ambik lah basikal tu . Try naik jalan - jalan . Keliling rumah ."

Dengar- dengar Along cakap mcm tu jek . Macam nak pengsan pun ade . Along ni lupe ke sha mana reti naik basikal. Ya . Malu untuk diakuinya . Tapi , itulah kenyataannya .

So Ape lagi .
Ambik basikal itu. Dan terus saja nak naik . Tapi .
Haha .
Kelakar betul .
Dengan pakai kurta yang agak cerah warnanya. Abis . Last sekali baju pun dah tak taw warna apa .

Asyik jatuh je . Bayangkan naik - naik je handle tu xpandai nak kawal kan .
Jadi , bila naik . Along kata . Kena kayuh dulu baru basikal boleh jalan . Tapi ni tak . Asyik tarik ngan kaki je . Macam mana nak pandai. Ahakkk. =D

Ingat lagi . Masa asyik dok jatuh - jatuh je .
Tibe -tibe Bang Long , Ammar N luqman balik .

Dengar je suara diorang , handel basikal terus tak betul . Senget - senget last sekali gedebuk . Jatuh ..

Luqman n Ammar ape lagi ..
Dengar dari hujung sane .

" Haha . Mak Cik Jatuh .. Eiiyyy . Tak gheti naek . Man pun gheti . Hahahaha .."

Eiiy . Siot . Along , Bang long pun asik gelakkan sha je satu ary .
Luqman n Ammar ape lagi . Perli abis - abis .
Hahaha ... Memang lawak sangat .
Badan sha memang sakit sgt pagi ni asyik jatuh je . Tapi besz . hehk2 .

Sebelum ni , mungkin kerana tingkah laku sha . Jadi , Sha dengan Along agak kurang rapat .
Tapi , barangkali . Family dah nampak perubahan sedikit demi sedikit dalam diri sha . Jadi , sha nampak ..
Adik - Beradik . Apapun yang kita buat, diorang tak kan tinggalkan kita . Along sentiasa suport what i do now .
Dan , sha menjadi semakin rapat dengan Along .

Sha sayang sangat dengan Along ..
Dulu, sha tak pernah rasa kasih sayang tu maybe atas kesilapan sha juga .
Tapi, Alhamdulillah . Allah dah pulihkan semua tu ..

=)

Sesungguhnya ini aalah wonderful moments with my Family .
Angah sudah berlalu , meninggalkan kami .
Mengajar di kL . Selepas ini seorang demi seorang berllau tinggalkan ma n abah ..
Dari adik beradik 7 orang . Tinggal beberapa orang sahaja di rumah ..
Selepas ini mungkin giliran sha atau abang , adik sha ..

Apapun yang terjadi ingat lah .
Walaupun orang yang kita sayangi selalu menyakiti kita . Tapi , itulah caranya untuk melengkapkan hidup kita .

Sha sayang kan semua .. =)


p/s : Sha tak dapat menahan air mata sekarang . Sumthing disturb me .. Kenapa lah jadi macam ni .. Perasan ni berkecamuk . Perasaan sha bukan lagi jadi masalah kepadanya . Iya? Fine .. I hope u always hepy then .

Thursday, January 21, 2010

Orang Tua Itu.

Bismillahirahmanirrahim.

12.43 tngah hari. 16.01.2010.

Dah lama tak pegang buku dan pen biru ini.
Nak buat macam mana . Berjauhan dengan Internet.
Jadi, terpaksa mentarbiahkan diri yang sememangnya sudah biada dengan kemewahan dunia.
Kerinduan terhadap dunia penulisan dalam blogging.
Membuatkan diriku agak mereng.
0leh kerana di sini terllau banyak masa terluang.
Jadi, sha siapkan sebuah buku . Yang dituliskan dengan idea pemikiran yang semestinya sudah bersawang.
Dan hanya menunngu masa utk dipublishkan.

Berada di kampung ini. Masa amatlah bnyak terluang.
Dan, apabila otak mula berfikir apa yang nak dikongsi bersama pembaca-pembaca .
Terlalu banyak .
Kadang kala terpandang burung pun nak bercerita tentang burung .
Burung pun makhluk Allah juga kan....

Sometimes bila terpandang sepasang burung yang berterbangan di awan yang putih lagi memutih . Jelez pun ada .
Mana tak nye .
Asyik terbang aje depan sha . Saje nak bagi sha jeles lah tu .

Nasib baik burung tu tak kenyit- kenyit mata kat aku.
Lau tak , siap .
Sekali sha ambek . Bakar pun sedap .
Tapi tak mengapa .. Aku kan baik hati ..
Jadi , burung itu dimaafkan . Hahaha .

Astaghfirullah..
Apala yang aku merepek ni .
Dah cukup - cukup .
Maaf , sesi repek - merepek diberhentikan sementara . ^_^


Hidup sha di sini ditemani sepasang suami isteri .
Suaminya 67 tahun . Isterinya 60 tahun .
Isterinya kakak kepada mama sha .
Orangnya? MsyaAllah ...

Biasalah orang tua. hidup pula dalam kawasan kampung .
Jadi, usah diucap . Tahap kecerewetannya tahap maksima!
Kalau sha buat keje , ada je yang tak kena kat mata dia .
Tapi, kami sekeluarga sudah mengetahui bagaimana caranya .

Termasuklah , anak menantunya , dan cucu cicitnya.
Pernah sekali cucunya bertanya kepada sha.

Macam mana laa hang boleh dok sini . Boleh tahan ka??"

Sha hanya tersenyum ..
Tahan ka dak , kena dok gak la wey..
[ Dalam bahasa kL nya, tahan ke tidak. kena tahan jugak laa... ]

Dulu , masa sha kecik - kecik .
Mama sha selalu menghantar sha menetap di sini .
Kadang - kadang hujung minggu pun sha datang .

Suaminya sha panggil Wa Eiy .
Memang rapat dengan sha.
Malah sha terlalu manja dengannya .
Dari kecil hinggalah sekarang . Apa- apa sikit Wa Eiy .
Memang tak boleh berenggang dengannya .
Jadi , mungkin kerana adanya Wa Eiy juga yang menyebabkan diri sha dapat bersabar dengan tingkah laku Wa Chah [ isterinya ] .

Walaupun , Kadang - kadang sha agak penat dengan tingkah laku Wa Chah .
Namun , sudut hati ini .
Sha sayang sgt kat dia . Ya. Sayang sangat .
Wa Chah baik . Cuma , barangkali ramai orang tak dapat tahan dengan mulutnya sahaja.
Tapi, nak dibandingkan dengan mak cik - mak cik yg lain .
Wa Chah masih ditahap baik . Cuma orangnya pembersih .
Jadi , apa jua caranya pun . Ada sahaja silap kita yang dia nampak .

Macam kata Angah selalu guna :
"Semua orang ada baik dan buruknya tersendiri . "

Ya . Dat's true .
Kita hanya perlu bersabar .
Kita yang muda la patut bersabar dengan yang tua .
Sebab , kita dah tak lama dengan diorang .
Jadi , gunakan kesempatan yang ada .
Sementara mereka ada . Sayangilah mereka ...

Dulu sha selalu mengadu kat mama sha .
" Ma, achah[ my sweet name, Family je panggil ] tak mo dah dok sini . Dah lama sabaq . Belajaq kat tempat lain jelah ma... "

Tapi .
Ma kata ..
Duduklah kejap . Apalah salahnya ...
Wa Chah tu sakit . Tapi, sakit dia tak nampak .
Lagipun , diorang dah tua . Ikramlah diorang kejap .
Jaga diorang sat . Aisha sabaq , Allah balas nnty ...

Pelan je air mata ni mengalir .
Tu jelah kata- kata ma yang berharga .
Walaupun kadang kala penat asyik kena marah ngan Wa Chah . Kena maki hamun dengan dia .
Tapi , pikiaq kata ma . Aty yang berkeras berjaya juga ditundukkan .

Jadi ..
mungkin ada pembaca yang membaca artikel ini .
Ada ibu bapa atau penjaga yang bersifat begitu .

Sabarlah ya ..
Jangan pandang keburukan orang .
Tapi, pandang kebaikan dia .
InsyaAllah , kita dapat bersabar .

Lagipun,
apalah salahnya bersabaq dalam jangka waktu yang singkat .
Sementara mereka masih ada .
Jaga mereka, sayangi mereka ...
Macam mana mereka menyayangi waktu kecil dahulu ..

" Kasih sayang tak dapat dicari dengan harta apa sekali pun.."

Saturday, January 9, 2010

Satu Harapan. Satu Matlamat. Satu Persefahaman. Karkun..

Bismillahirahmanirrahim .

Hari ini bukan dikutip dari buku. Tapi, dari luahan hati yang terpendam lagi dari semalam. Kebetulan , esok dah nak balik. Dah tak dapat nak online . huhk2 ...
Okey . Back to our story .

Semalam berbicara tentang cinta . Hari ini .
Kita stop kejap talk about cinta dunia . Mari kita ikuti my story .
Ada sedikit luahan hati .

Semalam . Hari jumaat . Kebetulan , semalam ada ta'lim .
N , abah nak kuar masturat ngan Angah ( My second sister . )
So . Kiranya , pergi ta'lim masturatlah ya .

Masa pergi tu . Herm .
Alhamdulillah ... Dengan lengkap niqabnya .
Alhai . Tersingkaplah kembali masa stay madrsah dulu .
Sedih jugak bila dikenangkannya . Tapi , masing-masing dah bawa haluan kan ..
So , kenangan hanya lah tinggal kenangan .

Talk bout apa yang sha nak cakap sebenarnya .
Masa kat dapur , tolong Angah masak nasik .
Then tibe-tibe Zubar atau dengan nama manjanya . ( Abet .)
Datang , dengan towel nye . Barangkali mandi agaknye .

And , dengan bermulanya kisah bila tiba-tiba Abet bukak kisah Kahwin .
Bila sudah soal siasat nya dengan Angah .
Diorg bercakap tntg Abe Zam ( Bakal suami Anag yang sedang kuar 4 bulan kat I.P.B.).
Nak buat macam mana . Abet dah kemaruk nak buat kenduri . Nak buat kenduri nye lambat lagi . Jadi , dapat kenduri akaknye pun hilang lah kemaruknye tu nanti. =)
Actually , Abet dah tak sabar nak rase suasana kenduri kawen kami adik beradik .
Dulu , masa Kak Long fizt yang kawen kami semua kecik-kecik lagi .
Abet masa tu , Darjah berapa eak? Sha ni lagilah .
Memang dengan kecik lagi lah time tu.
Memang tak rase ape langsung .

Anyway , Kak Long ( Kahwin dengan karkun pokok sena) pun dah dapat ank 4 org .
Congrat's to you .. ^_^ ( bile sha nye turn yek? astghfrullah..) .

okey . Balik apa yang kita bincang .

Angah cakap kat Abet .
" Hang nanti kawen cari karkunah . Jangan dok carik org luaq . "

Abet dengan muka beruknye sambil tersengih-sengih ( bangga cakap tntg calon bininye).
" Tengoklah dulu . Aku dah ada . Tapi, dia orang biasa-biasa ja. Tapi , aku taw dia baik . "

Angah balas.
" Memangla baik. Tapi, bukan semua orang yang baik dapat paham macam mana kita paham Usaha Agama ni. Contoh depan mata pun ada . Macam Abang Zam cakap kat Angah . Lau nak carik org yang baik , banyak kat luaq tu baik dari Angah . Tapi , Nak cari orang seperfahaman kita bukannya senang . Nak bentuk seseorang tu bukan senang . Macam kita lain. Dari awal lagi kita didedahkan dengan perkara-perkara macam ni. Macam Angah pun dulu bukan taw semua ni. Tapi , pas dok madrasah . Kita nusrah jemaah . Jadi kita dapat paham . Macam mana adab-adab ta'lim dan sebagainya . Kita pun dah tahu . Kena amal . Lau dibiarkan. Kita sama ja macam orang lain kat lua tu . Nak buat usaha agama ni bukan senang . Allah pilih orang . Itu pun macam-macam Allah duga nak bagi jadi betul-betul istiqamah dalam Usaha Da'wah ni . "

Kebetulan . Abet juga nak kuar 40 hari dalam tahun ni . Jadi , berbincanglah dia dengan Angah tentang nisab-nisab nak kuar ni . And , sha hanya termangu-mangu . Ada jugak tau . Tapi , tak terlalu aktif dalam masturat . Barangkali , kerana belum kahwin . =)

Apapun .
Apa yang sebenar sha nak tekankan di sini ialah . Tentang Usaha Da'wah .
Rasanya tentang tabligh ni. Sha tak usah terangkan lagi . Sudah banyak blog Karkun/Karkunah di luar yang membicara kan tentang khuruj . Tak juga membincangkan tentang orang yang membantah/membenci/memperlekehkan Usaha Da'wah ini . Astaghfirullah...

Untuk keterangan lanjut , Silakan jengah-jengah di blog. Boleh search nanti . Sha dah tak sempat tulis banyak-banyak . Oleh kerana kesuntukan masa .
Sebenarnya, kepala agak terbeban . Andainya diri ini dimiliki seorang lelaki yang tak buat usaha ni? Dapatkah abah accept? Nasib baik, abah tak pandang yang berduit.. Lepas 4bulan . Dah cukup calon nak jadi menantu abah . ^_^

Semoga Sha dan pembaca di luar sana mendapat hidayat tuk terus berada dalam kerahimanNya . Dan juga limpah hidayatnya . Semoga mendapat seorang karkun tuk membimbing hidup sha sendiri juga. ^_^

[Dear, dis 4 ur . Semoga Allah buka kan hati buatmu.. =) ]

Friday, January 8, 2010

Kekecewaan semalam.

Bismillahirahmanirrahim. 07.01.2010 12.45 tengah hari.

Syukur ke hadrat ilahi. Masih diberi kesempatan tuk terus menulis. =)
Dan juga masih diberi kesempatan tuk terus bernafas.

Semalam. Kita berbicara tentang kekecewaan.
Hari ini kita akan bercakap tentang harapan.
+ SINAR YANG BARU +

Di sini, di blog yang baru ini.
Sha akan berkongsi kisah duka dan manis sha.
Selama nyawa dikandung badan.
Berbicara tentang harapan.
Sha tau. Bukan senang nak bangun dari kekecewaan.
Iya. Bukan senang.
Nak tarbiah diri lagi. Nak kawal perasaan + emosi
= yang semestinya bercelaru.
Iya. Lupakan saja.
Bangun dari mimpi ngerimu. Bukak lembaran baru.

"Usah kau buka kembali dan tanyakan kisah perpisahan. Hatimu kan damai kerananya . "

Senang je. Kita nak bangun dari kekecewaan.
Iya. Senang je!! .
Betul !! Senang je + so easy = put in your mind.
Caranya terlalu senang . Lupakan saja harapan yang anda bina dahulu.
Kenangan yang dahulu. Buang jauh-jauh.
Usah dikenang.
Namun, andainya ia menjelma suatu saat.
Buat tak tahu je . Usah layan perasaan itu.
Sebab. Kalau dilayan perasaan itu.
Jadi sedih mengong betul jadiknye.
Perasaan yang bakal anda rasakan ketika itu ialah :
Kecewa + Sedih + Geram = Dan akhirnya menangis .

Jadi. apa yang sha sarankan ialah lupakan saja.
Zikir banayk-bnyak. Dan baca Quran .
Tak usah dikenangkan lagi . Perasaan terseksa aje bikinnya .
Ingat Allah banyak-banyak. N u will forget soon.

Penah sekali saat sha betul-betul kecewa.. Terasa terlalu sedih ..
Tetapi, masa tu .. Bila dengar kat radio.
Sebuah lagu yang mendendangkan tentang cinta yang Esa.
Pada saat itu. Sha terasa . Terpikir sejenak .
Apa guna ku bersedih ? Dapat pahala ke ?.. Jikalau atas dasar kita rindu kan atau menyesali kesilapan kita lainlah bukan? .. anda tau jawapannya.


Ya . Semua orang tak dapat hindarkan rasa bersedih .
Tak kiralah kenapa hadirnya rasa sedih itu.
Adakah mungkin kerana :

Kekecewaan itu anda itu ada kaitannya dengan .
Ibu bapa . Cita-cita . Kerja . Cinta .Ataupun segala-galanya lah..
Namun. Ingatlah apa pun yang berlaku adalah ketentuannya .
Dia telah menetapkan sebegitu rupa .
Jadi . Tindakan ialah : Menerimanya dengan hati yang terbuka .
Redho . Dan ingatlah .

Kenapa Allah menduga kita ? Apakah kerna kesilapan kita juga? Atau.. Usah terangkan kepada sha.
Sebaliknya muhasabahlah diri anda.
Apabila mendapat jawapannya. Pasti air mata mengalir.
Kesat air mata itu . Dan katakanlah ..

" Terima Kasih ya Allah.. Kerana mencintai ku.."

Setahun Sudah Berlalu.

Bismillahirahmanirrahim. 05.01.2010 07.06 malam.

Alhamdulillah. Masih kuat utk terus terus berada di dlm persada penulisan. =)
Terima kasih ya Allah..

Berlalu sudah tahun 2009, tahun yang penuh dengan kesedihan, keperitan dan segala-galanya yang berkaitan dengan sorrow+++.
Pain je kedengaran kan? itulah kenyataan.
Apatah lagi org yg menanggungnya? Pastilah akan bertambah pain itu.

Moga 2010 akan membuka lembaran baru buat diriku, tak juga aspek yg menyuluruh.
Cita-cita yang baru memerlukan semangat yang yg teguh!!~
Amein... ^_^

Tahun lalu, jiwaku,fizikalku dan mentalku direntap abis-abisan. Huhh. So pain when i think back. Terus disakiti + disakiti + disakiti.
Dan akhirnya sinar tahun baru, sinar tahun baru menjelma...

What my plan diz year yah? Huhh.
Aku tak dapat masuk sebuah institut pengajian, dan pada mulanya.
Aku memang terlalu tertekan kerana tak dpt masuk.
Kozs memang aku plan dah cukup2 bila dah nak masuk nanti.
Sudahnya jadi macam ni.
Memang rasa macam kene gedebuk + bush!! =
Terlentanglah daku di situ..

So + so + so + sad + sad = when think back.

Tetapi,
Dek kerana kekuatan itu, ku bangun semula..
Mencari kekuatannya.. yang bertambah kuat bila denganNya...
Maybe kedengaran institut pengajian itu hanya biasa.
Tak seperti universiti-universiti yang lain.
Tapi,
Harapanku mula muncul apabila aku dpt taw,aku nak masuk sana!!
Tapi.. itu hnya sia-sia ..


" Tanyakan kepada dirimu, apakah air mata dapat mengembalikan hal yang telah hilang?? "

Kemudian,
aku perlahan-lahan bangkit dari kekecewaanku.
Tak semestinya aku tak dapat masuk ke sana,
Cita-citaku akan hancur lebur.
Aku kesat air mata yg kecewa kerana CINTA DUNIA.

Pada saat itu, aku mula meratap..
" Ya Allah, Kenapa aku selalu dikecewakan?? "
Ya.. Usah dicakap lagi, perlahan-lahan ia merobek yg sedia terhiris di saat itu.

" Allah telah mentakdirkan segalanya dan apa yg terjadi ialah kehendakNya, dan itu pasti berlaku"

- Al- Hadith -



" Sebenarnya wahai saudaraku,
bukan mudah nak bangun dari kekecewaan, kesedihan.
tetapi, andai anda menerima segala apa yg Allah tetapkan itu dengan RedhoNya..
InsyaAllah, itulah jalan yg terbaek.
Bukannya meratap, dan bersedih pada setiap masa
sehingga Allah murka terhadap kita.
Pada tahun yg lalu, Allah telah menduga sha.
Bukan sekali dua. malahan berpuluhan-puluhan kali. perasaan usah diucap.
Perasaan sha berulang kali direntap, dipukul, ditampar, dan rasanya seperti dihenyak-henyak di atas tanah..

Namun di situ ku dapat mencari satu sinar yg amat mbahagiakan.
Ku temui Allah memandangku dengan kasih kerahimanNya.
Dan, akhirnya . Ku menyedari langkah kakiku tersilap.
Membuatkanku asyik rebah, rebah , dan rebah akhirnya tersungkur.
Tersungkur yang membuatkan dahiku berdarah, airmata berlinangan. lLenganku berdarah, dan segala-galanya. Dan akhirnya aku menangis kesakitan.."



Jadi teman-teman,
Kesedihan barangkali menjadi teman kita.
Seandainya itu yang kamu inginkan.
Jadi , lapangkan hatimu , buka hatimu ..
Cari di mana kekuatanmu ..
InsyaAllah engkau akan temui Dia yang memandangmu dengan RahimNya.


" Allah akan memberikan anugerah kepada kami, demikian pula RasulNya, sesungguhnya kami adalah orang-orang yg berharap kepada Allah "

- At- Taubah : 59


Bangunlah semula.
Cari dirimu yang baru. Kekuatan Baru.
Berusahalah dan kemudian bertawakkal.
Dan akhirnya serahkanlah segala-galaNya kepada Dia yang Pemilik Segala-galaNya.
 

Harapan. Always... © 2008. Chaotic Soul :: Converted by Randomness