Thursday, January 21, 2010

Orang Tua Itu.

Bismillahirahmanirrahim.

12.43 tngah hari. 16.01.2010.

Dah lama tak pegang buku dan pen biru ini.
Nak buat macam mana . Berjauhan dengan Internet.
Jadi, terpaksa mentarbiahkan diri yang sememangnya sudah biada dengan kemewahan dunia.
Kerinduan terhadap dunia penulisan dalam blogging.
Membuatkan diriku agak mereng.
0leh kerana di sini terllau banyak masa terluang.
Jadi, sha siapkan sebuah buku . Yang dituliskan dengan idea pemikiran yang semestinya sudah bersawang.
Dan hanya menunngu masa utk dipublishkan.

Berada di kampung ini. Masa amatlah bnyak terluang.
Dan, apabila otak mula berfikir apa yang nak dikongsi bersama pembaca-pembaca .
Terlalu banyak .
Kadang kala terpandang burung pun nak bercerita tentang burung .
Burung pun makhluk Allah juga kan....

Sometimes bila terpandang sepasang burung yang berterbangan di awan yang putih lagi memutih . Jelez pun ada .
Mana tak nye .
Asyik terbang aje depan sha . Saje nak bagi sha jeles lah tu .

Nasib baik burung tu tak kenyit- kenyit mata kat aku.
Lau tak , siap .
Sekali sha ambek . Bakar pun sedap .
Tapi tak mengapa .. Aku kan baik hati ..
Jadi , burung itu dimaafkan . Hahaha .

Astaghfirullah..
Apala yang aku merepek ni .
Dah cukup - cukup .
Maaf , sesi repek - merepek diberhentikan sementara . ^_^


Hidup sha di sini ditemani sepasang suami isteri .
Suaminya 67 tahun . Isterinya 60 tahun .
Isterinya kakak kepada mama sha .
Orangnya? MsyaAllah ...

Biasalah orang tua. hidup pula dalam kawasan kampung .
Jadi, usah diucap . Tahap kecerewetannya tahap maksima!
Kalau sha buat keje , ada je yang tak kena kat mata dia .
Tapi, kami sekeluarga sudah mengetahui bagaimana caranya .

Termasuklah , anak menantunya , dan cucu cicitnya.
Pernah sekali cucunya bertanya kepada sha.

Macam mana laa hang boleh dok sini . Boleh tahan ka??"

Sha hanya tersenyum ..
Tahan ka dak , kena dok gak la wey..
[ Dalam bahasa kL nya, tahan ke tidak. kena tahan jugak laa... ]

Dulu , masa sha kecik - kecik .
Mama sha selalu menghantar sha menetap di sini .
Kadang - kadang hujung minggu pun sha datang .

Suaminya sha panggil Wa Eiy .
Memang rapat dengan sha.
Malah sha terlalu manja dengannya .
Dari kecil hinggalah sekarang . Apa- apa sikit Wa Eiy .
Memang tak boleh berenggang dengannya .
Jadi , mungkin kerana adanya Wa Eiy juga yang menyebabkan diri sha dapat bersabar dengan tingkah laku Wa Chah [ isterinya ] .

Walaupun , Kadang - kadang sha agak penat dengan tingkah laku Wa Chah .
Namun , sudut hati ini .
Sha sayang sgt kat dia . Ya. Sayang sangat .
Wa Chah baik . Cuma , barangkali ramai orang tak dapat tahan dengan mulutnya sahaja.
Tapi, nak dibandingkan dengan mak cik - mak cik yg lain .
Wa Chah masih ditahap baik . Cuma orangnya pembersih .
Jadi , apa jua caranya pun . Ada sahaja silap kita yang dia nampak .

Macam kata Angah selalu guna :
"Semua orang ada baik dan buruknya tersendiri . "

Ya . Dat's true .
Kita hanya perlu bersabar .
Kita yang muda la patut bersabar dengan yang tua .
Sebab , kita dah tak lama dengan diorang .
Jadi , gunakan kesempatan yang ada .
Sementara mereka ada . Sayangilah mereka ...

Dulu sha selalu mengadu kat mama sha .
" Ma, achah[ my sweet name, Family je panggil ] tak mo dah dok sini . Dah lama sabaq . Belajaq kat tempat lain jelah ma... "

Tapi .
Ma kata ..
Duduklah kejap . Apalah salahnya ...
Wa Chah tu sakit . Tapi, sakit dia tak nampak .
Lagipun , diorang dah tua . Ikramlah diorang kejap .
Jaga diorang sat . Aisha sabaq , Allah balas nnty ...

Pelan je air mata ni mengalir .
Tu jelah kata- kata ma yang berharga .
Walaupun kadang kala penat asyik kena marah ngan Wa Chah . Kena maki hamun dengan dia .
Tapi , pikiaq kata ma . Aty yang berkeras berjaya juga ditundukkan .

Jadi ..
mungkin ada pembaca yang membaca artikel ini .
Ada ibu bapa atau penjaga yang bersifat begitu .

Sabarlah ya ..
Jangan pandang keburukan orang .
Tapi, pandang kebaikan dia .
InsyaAllah , kita dapat bersabar .

Lagipun,
apalah salahnya bersabaq dalam jangka waktu yang singkat .
Sementara mereka masih ada .
Jaga mereka, sayangi mereka ...
Macam mana mereka menyayangi waktu kecil dahulu ..

" Kasih sayang tak dapat dicari dengan harta apa sekali pun.."

No comments:

 

Harapan. Always... © 2008. Chaotic Soul :: Converted by Randomness